RM70.00
7
Product Code: EB 007
-
+

Bayangkan satu permainan menyeronokkan yang boleh kita main bersama anak-anak yang mampu memberikan gambaran keseluruhan solat mengikut setiap waktu solat kepada anak-anak. Anak-anak boleh belajar mengenal pergerakan solat, belajar menyusun tertib pergerakan, meniru semula pergerakan yang telah disusun, mendengar dan mengikut bacaan dalam solat yang dibacakan oleh ibu bapa. 

Buat PERTAMA kalinya dan yang PERTAMA seumpamanya di dunia, kami ingin memperkenalkan sebuah permainan pendidikan gabungan flashcard shape & GIANT puzzle, SUSUN DAN SOLAT BERSAMA AMAN & ALIA. 

Menggunakan latarbelakang karektor Aman dan Alia pada flashcard shape dan giant puzzle, Susun dan Solat Bersama Aman & Alia menjadi satu educational toys yang mampu menarik minat anak-anak untuk belajar solat. Fungsi flashcard shape membantu anak-anak cepat mengenali pergerakan solat dan manakala susunan pergerakan pada kad puzzle mampu merangsang minda anak-anak untuk lebih cepat mengingati tertib pergerakan dalam solat.

Susun dan Solat Bersama Aman & Alia juga mampu menjadi floor puzzle yang boleh diletakkan di hadapan anak-anak ketika mereka belajar solat secara pratikal. Di dalam produk ini juga ada disediakan kad panduan bacaan solat sebagai rujukan ibu bapa ketika mengajar anak-anak solat selain panduan penggunaan dan permainan alat ini. 

Contoh Solat Subuh

Dijamin, inilah kaedah paling mudah untuk mengajar anak solat. Hanya perlu memperkenalkan pergerakan solat, menyusun tertib pergerakan solat bersama dan membantu anak-anak menghafal bacaan dalam solat dengan mudah.

Kelebihan 

  • Teknik mudah mengajar anak solat. Anak akan lebih cepat faham dan ingat dengan kaedah susunan flashcard shape dan puzzle. 
  • Permainan yang menyeronokkan untuk ibu bapa mengisi masa lapang anak-anak
  • Mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak melalui pembelajaran solat
  • Rekabentuk shape mudah menarik minat anak-anak
  • Boleh digunakan sebagai flashcard menjadikan anak-anak lebih mudah mengenali pergerakan solat
  • Susunan puzzle mampu meransang minda anak-anak untuk lebih cepat mengingati pergerakan solat mengikut tertib
  • Cara termudah untuk mengajar perbezaan rakaat dalam solat.
  • Kad bacaan memudahkan ibu bapa jadikan rujukan untuk mengajar anak dan kad bacaan ini juga boleh dijadikan flashcard untuk anak-anak menghafal bacaan
  • Setelah puzzle disusun sebagai floor puzzle, boleh diletakkan di hadapan anak-anak solat sebagai panduan mereka untuk belajar solat
  • Tidak mudah koyak
  • Tahan lasak
  • Boleh dilap dengan kain lembab atau tisu basah

Apa yang ada dalam pakej ini?

  • Satu set lengkap platform GIANT puzzle untuk 5 waktu solat
    • 16 Keping
    • Ukuran Sebelum Dicantumkan 21 cm X 12.75 cm 
    •  
    • Ukuran Selepas Dicantumkan 84 cm X 51 cm

 

  • Satu set lengkap flashcard shape pergerakan solat setiap waktu (5 waktu) 
    • 37 Keping 
    • Ukuran 8.5 cm X 6.9 cm
    •    
  • Satu set kad rujukan bacaan solat 5 waktu
    • Book Ring
  • Satu set panduan penggunaan Susun dan Solat Bersama Aman & Alia

Langkah Penggunaan Susun dan Solat Bersama Aman & Alia

PERHATIAN:

Sekiranya anak lelaki, gunakan gambar Aman dan jika anak perempuan, gunakan gambar Alia.

Ajarkan anak mengenali pergerakan solat dan tertib susunan pergerakkan dahulu, setelah mereka mahir dengan pergerakan solat, barulah tekankan soal bacaan. 

  • Langkah 1
    • Susun dan cantumkan Platform Puzzle menjadi satu susunan seperti di bawah
  •  Langkah 2 
    • Tentukan waktu solat yang ingin ibu bapa ajarkan kepada anak kemudian tunjukkan flashcard shape waktu solat kepada anak. Boleh gunakan ayat seperti berikut. 
      • "Ok Aman... sekarang ini kita akan belajar solat subuh"
      • Tanya kepada "Solat subuh ada berapa rakaat?" Berikan jawapan supaya anak akan cepat ingat. 
      • Minta anak masukkan flashcard shape waktu solat di tempat pertama. Sesuaikan dengan warna dan bentuk. 
      • Puji anak apabila mereka boleh buat.
    • Berpandukan kad bacaan, ibu bapa bacakan niat solat kepada anak.
  • Langkah 3 
    • Tunjukkan kad takbiratul ihram kepada anak dan sebut kepadanya TAKBIRATUL IHRAM.
    • Berikan flashcard shape takbiratul ihram kepada anak dan kemudian minta anak masukkan ke tempat yang sesuai dengan warna dan bentuk. 
    • Puji anak apabila dia berjaya buat. 
  • Langkah 4 
    • Tunjukkan flashcard shape qiyam kepada anak dan sebut kepadanya QIYAM. 
    • Berikan flashcard shape qiyam kepada anak dan minta dia meletakkan masukkan ke tempat yang sesuai dengan warna dan bentuk. 
    • Puji anak apabila dia berjaya buat. 
  • Langkah 5
    • Tunjukkan flashcard shape rukuk kepada anak dan sebut kepadanya RUKUK.
    • Berikan flashcard shape rukuk kepada anak dan minta dia meletakkan masukkan ke tempat yang sesuai dengan warna dan bentuk. 
    • Puji anak apabila dia berjaya buat. 
  • Langkah 6
    • Teruskan ke peringkat seterusnya mengikut tertib solat. 
    • Sesuaikan flashcard shape di tempat yang sesuai dengan bentuk dan warna. 
    • Teruskan sehingga SALAM. 
    • Ulang setiap langkah permainan sehingga anak faham. 
  • Langkah 7
    • Apabila semua kad telah disusun mengikut kesesuaian rakaat dan pergerakkan solat, mula ajarkan anak melakukan praktikal solat dengan mengikut gambar pergerakan solat di dalam flashcard shape. 
    • Bentangkan sejadah menghadap kiblat.
    • Pastikan platform yang telah lengkap dengan susunan flashcard shape berada di hadapan sejadah anak sebagai floor puzzle dan minta anak meniru pergerakan solat di dalam gambar. 
    •  
    •  
  • Langkah 8
    • Setelah anak mahir dengan pergerakan solat, boleh mula ajarkan mereka bacaan dalam solat perlahan-lahan dengan berpandukan kad bacaan yang dibekalkan. 
PHOTOS

Write a review

Note: HTML is not translated!
Bad           Good